Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan Cahaya Oleh Tumbuhan
Tumbuhan memerlukan cahaya untuk melakukan proses fotosintesis iaitu proses tumbuhan membuat makanannya sendiri. proses ini akan menghasilkan glukos (gula).
Dibawah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi cahaya :
1. Keluasan permukaan daun
2. Susunan daun
3. Topografi
4. Naungan
KAEDAH UNTUK MENDAPATKAN PENGGUNAAN CAHAYA YANG OPTIMUM:
i. Memilih tapak yang sesuai
ii. Menanam pada jarak yang sesuai
a. sistem segi empat - Digunakan untuk menanam pokok yang besar
b. Sistem segi tiga - Lebih ekonomik kerana boleh menampung 15% lebih daripada segiempat.
c. Sistem siku keluang - Ditanam dengan pokok utama dan pokok sementara. Apabila pokok utama besar, pokok sementara akan ditebang.
iii. Menyediakan sokongan
a. Sokongan kayu tunggal (lada hitam)
b. Sokongan kayu junjung (kacang
panjang)
c. Sokongan jenis berpara (peria)
d. Sokongan jenis berpagar (tomato)
iv. Mengawal rumpai
Terdapat 4 kategori kaedah pengawalan rumpai yang diamalkan oleh kebanyakan petani pada hari ini:
a. Kaedah kultur.
b. Kaedah mekanikal.
c. Kaedah biologikal.
d. Kaedah kimia.
v. Membekalkan cahaya tiruan
vi. Menanam tanaman selingan - Tanaman Terung dalam kawasan ladang getah yang belum mengeluarkan hasil.
vii. Mencantas
0 comments:
Post a Comment