Amalan Pemakanan Sihat (Practice Healthy Eating)

Tuesday, April 12, 2011

Aakanan yang dimakan perlu mempunyai nutrien-nutrien yang mencukupi agar segala nutrien yang diperlukan dalam makanan diperolehi, piramid makanan boleh dijadikan sebagai panduan dalam pemilihan makanan. Amalan pemakanan yang sihat (PRACTICE HEALTHY EATING) sangat penting dalam sesuatu perancangan menu (menu planning). Di bawah ditunjukkan cara-cara perancangan menu untuk amalan pemakanan yang sihat.

Perancangan Menu
1. Rancang menu:
-Pelbagaikan jenis masakan
-Guna bahan segar
-Gabungkan sumber protein haiwan Dan tumbuhan
-Gabungkan pelbagai jenis sayur
-Pelbagaikan kaedah memasak

2. Penyediaan makanan rendah lemak:
-Buang kulit atau lemak ayam/ daging
-Guna santan cair/ susu rendah lemak
-Elak menggoreng semula makanan
-Guna tisu/ kertas penyerap minyak
-Minyak untuk menggoreng betul-betul panas
-Kaedah memasak yang sihat

3. Penyediaan makanan rendah gula:
-Kurangkan gula semasa memasak
-Tidak menambah gula di dalam jus buah-buahan
-Elak menyalut kek dengan gula/ ising
-Elak menambah gula semasa menghidang makanan

4. Penyediaan makanan rendah garam:
-Kurangkan penggunaan garam semasa menyedia/ memasak
-Elakkan menabur garam semasa menghidang
-Kurangkan kekerapan menghidang telur masin/ sayur jeruk/ makanan proses
-Hadkan penggunaan sos cili/ kicap/ tiram/ serbuk perasa

5. Penyediaan makanan tinggi serat:
-Hidangkan salad sayur/ rojak buah
-Sekurang-kurangnya 1 hidangan berasaskan bijirin penuh dalam menu harian
-Tambahkan sayur dalam masakan/ lauk
-Utamakan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut

6. Panduan mengekalkan kandungan nutrien dalam buah dan sayur:
-Cuci buah/ sayur sebelum dipotong
-Elakkan merendam buah/ sayur
-Guna air bersih mengalir semasa mencuci
-Elakkan memasak sayur terlalu lama
-Pastikan air mendidih/ minyak cukup panas apabila memasak sayur

Share/Save/Bookmark 3.

0 comments: