Profil Tanah

Wednesday, April 13, 2011

DEFINISI TANAH
-Lapisan permukaan bumi yang mengandungi bahan inorganik dan organik untuk pertumbuhan tumbuhan.

Tanah didefinisikan sebagai material yang terdiri dari:
-Agregat (butiran) mineral-mineral padat yang tidak terikat secara kimia antara satu sama lain
-Zat Cair
-Gas yang mengisi ruang-ruang kosong di antara butiran mineral-mineral padat tersebut
-Tanah berguna sebagai tapak sesuatu bangunan dan juga tentunya sebagai bahan untuk membina bangunan itu sendiri (contoh: batu bata).

Keratan tanah menunjukkan susunan lapisan atas tanah hingga ke lapisan bahan induk dinamakan profil tanah.
O = SISA TUMBUHAN DAN HAIWAN                           A =TANAH ATAS
 B = TANAH BAWAH                                                       C = TANAH BAWAH
*** tanah setebal 2.5cm mengambil masa 500 hingga 1000 tahun untuk dibentuk. tetapi dalam beberapa minit sahaja dilarikan oleh air banjir atau larian air yang kuat.

1. Tanah atas @ bunga tanah
-Permukaan lapisan tanah atas terdapat sisa tumbuhan dan haiwan.
- Lapisan ini mempunyai ketebalan lebih kurang 15cm dan merupakan lapisan tanah yang paling  subur berbanding lapisan lain kerana mengalami  tempoh  proses pembentukan yang lebih lama.
- Akar tumbuhan tumbuh dengan baik di lapisan ini kerana pengudaraannya yang baik serta  kandungan bahan organiknya yang tinggi.
 -Kandungan bahan organik bergantung kepada jenis tumbuhan yang tumbuh di atas tanah itu.
-Lapisan ini juga merupakan tempat tinggal hidupan tanah.

2. Tanah bawah @ tanah dalam
-   Lapisan tanah ini berada di bawah tanah atas.
-   Lapisan ini lebih padat dan kadangkala mengandungi lapisan keras yang dinamakan papar keras (lapisan tanah yg keras dan padat akibat daripada mampatan tanah oleh jentera atau benda berat.
-   Bahan mineral mungkin terkumpul dalam lapisan tanah bawah kerana telah dipindahkan daripada lapisan tanah atas melalui proses larut resap ( proses di mana bahan larut daripada tanah disingkirkan keluar melalui tindakan larian air menerusi tanah itu).
-   Lapisan yang keras ini menghalang pertumbuhan akar dan pengaliran air.
-   Terdapat sedikit organisma hidup di lapisan ini.

3. Batuan
-Bahan batuan ini mungkin menjadi bahan induk kepada tanah itu.
-Batuan tersebut tidak semestinya menjadi bahan induk kepada tanah kerana sesetengah tanah adalah terbentuk daripada tanah yang dipindahkan seperti melalui air banjir.
-Bahan induk ini sedang mengalami proses luluhawa di bawah lapisan tanah bawah.

KEPENTINGAN TANAH:
-          3 kepentingan tanah kepada pertumbuhan tumbuhan:

a. Memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
            - Sokongan mekanik kepada akar amat penting. Cengkaman akar yang kuat membolehkan tumbuhan tumbuh tegak untuk menerima cahaya yang mencukupi
 
b. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan
-Tanah menyimpan nutrien untuk tumbuhan.
-Sebahagian drpd nutrien  wujud dlm bentuk   komponen   bahan organik.
-Nutrien ini dibebaskan apabila bahan organik itu reput.
 -Kandungan nutrien yang dibekalkan melalui baja pula akan  bertindakbalas dengan kumin tanah dan bertukar kepada bentuk yg disimpan di dalam tanah. 
Tanah yg terlalu berpasir tidak berupaya untuk menyimpan nutrien yang banyak kerana sebahagian besar drpd kandungan nutriennya akan dilarut resapkan oleh larian air.

c. Membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan.
            - Air tanah wujud dlm beberapa bentuk:
                i.          filem yg meliputi kumin tanah.
                ii.          wap dalam rongga tanah
               iii.      Cecair yg dapat mengalir dlm rongga tnh.

            - Udara tanah mengandungi gas karbon dioksida, dan oksigen. Udara tanah mengandungi lebih banyak  karbon dioksida tetapi kurang gas oksigen. Perkara ini disebabkan oleh:
      1. respirasi akar
      2. respirasi organisma tanah
      3. proses pereputan bahan organik.


Share/Save/Bookmark 3.

0 comments: