Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Penghasilan Tumbuh-tumbuhan
1. Iklim
2. Tanah
3. Biosis
4. Genetik
5. Pengawalatur pertumbuhan
Walau bagaimanapun, saya hanya memfokuskan kepada faktor dari segi iklim sahaja.
Empat Unsur Iklim Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Hasil Tumbuhan
1. Cahaya
2. Suhu
3. Hujan
4. Angin.
Cahaya
Proses yang terlibat ialah:
-Fotosintesis
Proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya ----> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O
menghasilkan gula iaitu glukos yang digunakan untuk tumbuhan membesar. Sebahagian besar tumbuhan adalah terdiri daripada glukos yang membentuk daun, akar dan batang.
n -Selain fotosintesis, tumbuhan juga menjalankan proses respirasi dan fotosintesis pada waktu siang dan respirasi sahaja pada waktu malam.
n -Tumbuhan menjalankan proses respirasi secara aerob atau secara anaerob.
n -Proses fotosintesis dan respirasi merupakan dua proses yang berlawanan dan saling berhubung kait.
Persamaan respirasi:
C6H12O6 + 6O2 ----> 6CO2 + 6H2O + Tenaga
1. Keamatan cahaya
- - Penambahan intensiti cahaya akan membekalkan lebih banyak tenaga untuk proses ini.
- -Penerimaan cahaya yang optimum boleh dilakukan dengan cara menanam mengikut jarak yang sesuai, memangkas atau memberi naungan.
- -Warna merah dan biru diperlukan dalam proses fotosintesis
- -Cahaya tiruan seperti lampu pendaflour dan lampu pijar adalah penganti cahaya semulajadi.
- Kefotokalaan
- -Ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam.
- -Tumbuhan tempoh siang pendek berbunga sekiranya tempoh siang kurang 12 jam sehari.
- -Jika tumbuhan tersebut menerima cahaya melebihi 12 jam, tumbuhan akan tetap tampang.
Tiga jenis tumbuhan yang sensitif terhadap kefotokalaan
TUMBUHAN TEMPOH SIANG PENDEK- Orkid Phaleonopsis, Ubi keledek, Nenas, padi, kacang soya dan chrysanthemum
TUMBUHAN NEUTRAL TERHADAP TEMPOH SIANG- Jagung dan kebanyakan tanaman tropika
TUMBUHAN TEMPOH SIANG PANJANG - Pokok jarak, ubi kentang dan gandum
0 comments:
Post a Comment