ORGANISMA TANAH
Terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu mikroorganisma dan makroorganisma
Bakteria
-Populasi bakteria paling tinggi bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan akar-akar tumbuhan.
-Penting dalam peredaran Co2 , nitrogen, fosforus dan sulfur dalam tanah.
-Terlibat dalam proses pereputan sisa organik yang terdapat dalam tanah.
Aktinomisit
- Mempunyai ciri antara bakteria dengan kulat
- Mengeluarkan hifa tetapi lebih halus daripada hifa kulat
- Penting dalam proses pereputan sisa organik dalam tanah.
Kulat
-Memainkan peranan penting dalam proses pereputan bahan organik
- Terdapat kulat yang membentuk hubungan simbiosis dengan akar tumbuhan.
Nematod
- Hidup bebas dan dapat menggunakan bahan reputan daripada bahan organik
- Membantu pereputan bahan organik dalam tanah.
Alga
- Memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
- Berperanan menukarkan Co2 kpd O2 di kawasan sawah padi.
- Sesetengah jenis alga menyerap N2 daripada udara dan menyampaikannya kepada pokok padi.
Cacing tanah
- Menggaulkan hasil reputan daun di atas tanah
- Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan yang lain
- Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang-lubang yang digali.
- Tinjanya yang mengandungi kalsium menambahkan kesuburan tanah
0 comments:
Post a Comment