ELEMEN LANDSKAP
1. Topografi
-Boleh memainkan peranan penting dalam rekabentuk pelandskapan kawasan luar.
-Memberi kesan kepada ciri-ciri estetik, persepsi, pemandangan, perairan, suhu dan aktiviti kawasan.
-Juga memberi kesan kepada peranan elemen rekabentuk dan elemen landskap contohnya kesesuaian tanaman dgn lokasi, turapan, air dan kedudukan rumah.
-Perubahan dari segi ukuran dan tinggi atau rendah akan menukarkan keluasan ruang di permukaan.
2. Tanaman
a. Fungsi tanaman dalam pelandskapan
-Dapat mengurangkan hakisan akibat hujan lebat.
-Mengurangkan kebisingan
-Mengurangkan kekerasan turapan dan struktur
-Menambah nilai estetik kepada kawasan atau ruang dalam atau luar bangunan dengan menggunakan pelbagai warna, tekstur, bentuk dan jenis tanaman.
-Menghadang pemandangan yang tidak elok dan membingkai pemandangan yg menarik
-Membahagikan kawasan mengikut aktiviti tertentu.
-Menunjuk dan mengarah pergerakan.
-Memberi tumpuan
-Mengurangkan pencemaran udara.
-Menghubungkan elemen landskap dlm suatu rekabentuk.
-Menghalang atau menapis angin terutamanya kawasan lapang atau yang terdedah di tepi laut.
b. Pemilihan tanaman
i. Ukuran tanaman
-Ukuran tanaman menentukan skala kawasan gabungan dan susunatur serta menjadikan rangka bentuk keseluruhan rekaan.
-Tanaman blh dikategorikan mengikut ukuran.
-Ukuran tanaman merupakan aspek utama dlm menentukan proses rekabentuk tanaman.
ii. Bentuk tanaman
-Bentuk tanaman memainkan peranan penting dlm menyatukan unsur landskap.
-Tanaman yg tidak mempunyai bentuk khas sesuai ditanam dalam kumpulan.
-Jika tanaman tumpuan dalam pelandskapan diperlukan, lebih sesuai memilih pokok yg ada bentuk tersendiri.
iii. Warna tanaman
-Warna tanaman dlm pelandskapan blh menentukan perasaan dan aktiviti kawasan luar.
-Warna yg cerah membayangkan keadaan yg ceria sedangkan warna gelap membayangkan kesedihan dan kemuraman.
-Warna tanaman merupakan aspek yang paling menarik perhatian dalam ciri-ciri tampak.
-Warna landskap blh dikesan walaupun dilihat drpd jauh.
-Warna tanaman blh didapati dr bahagian daun, bunga, batang, dahan dan kulit pokok.
-Warna tanaman perlu digunakan utk menekan fungsi ukuran dan bentuk dlm landskap.
-Dua jenis tanaman yg mempunyai warna tertentu iaitu pokok jenis luruh dan pokok jenis malar hijau.
iv. Tekstur tanaman
-Tekstur tanaman ialah ukuran kasar dan halus setiap tanaman atau kumpulannya nampak dilihat.
-Tekstur tanaman ditentukan oleh ukuran daun, dahan, ranting, kulit pokok, keadaan pertumbuhan dan jarak tanaman yg dipandang.
-Dari jauh, tekstur tanaman dpt ditentukan berpandukan kepada kepadatan dahan dan -keadaan pertumbuhan tanaman.
-Dari dekat, tekstur tanaman ditentukan daripada ukuran lai daun, bentuk daun dan aturan tangkai dan dahan.
-Tekstur memberi kesan kepada beberapa faktor dalam komposisi tanaman, antaranya keanekaan, kesatuan, persepsi jarak, nada warna, pemandangan menarik dan ragam rekabentuk.
-Tekstur tanaman ternbahagi kepada kasar, sederhana kasar, sederhana halus dan halus.
c. Jenis tanaman dan kegunaan dalam landskap
Pokok hiasan blh dibahagikan kepada dua atau tiga kategori mengikut ukuran ketinggian apabila
i. Pokok besar
- ketinggian > 12m
- tidak digalakkan ditanam di kawasan rumah
kecuali pemangkasan kerap dilakukan.
ii. Pokok sederhana
- Ketinggian 6m – 12 m
- Pokok yg sederhana yg lambat pertumbuhannya dan mempunyai bentuk tersendiri digalakkan ditanam di kawasan rumah yg lapang.
iii. Pokok kecil
- ketinggian < 6m
- sesuai ditanam di kawasan rumah.
0 comments:
Post a Comment