BAJA DAN CARA PEMBAJAAN TANAMAN

Monday, April 18, 2011

Pembajaan
Pembajaan penting untuk memberi dan mengekalkan sumber yang diperlukan tumbuhan untuk pembesarannya. Pembajaan yang betul akan memberi hasil yang lumayan kepada petani. Terdapat 2 jenis unsur yang diperlukan tumbuhan.
i. Unsur-unsur pemakanan makro :
            Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Fosforus (p), Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S).
ii. Unsur-unsur pemakanan mikro :
- Kuprum ( Cu), Besi (Fe), Mangan (Mn), Molibenum (Mo), Zink (Zn), Boron (Bo), Klorida (Cl), Kobalt (Co).
-  Unsur- unsur karbon, hidrogen dan oksigen boleh didapati dari  udara dan air.
  - Selalunya unsur-unsur mikro yang terdapat dalam tanah adalah mencukupi untuk pertumbuhan kerana jumlah yang diperlukan oleh tumbuhan sangat sedikit.
 -Unsur-unsur N, P, K dan kadangkala Ca dan Mg perlu dibekalkan kerana diperlukan dengan banyak. Oleh itu N, P, K dipanggil unsur-unsur pemakanan utama.
 
Unsur-unsur utama yang diperlukan oleh pokok:
1. Nitrogen :
        Menghijaukan daun
        Mencepatkan tumbesaran
        Melebihkan hasil, daun, buah dan benih
        Membentuk protein
2. Fosforus :
        Mempercepatkan pengeluaran akar
        Mempercepatkan pengeluaran bunga / buah
        Mempercepatkan kematangan pokok
        Menguatkan tangkai tanaman
3. Kalium :
        Menambah kekuatan pokok
        Menambah tahan kena penyakit
        Menambah pengeluaran benih

JENIS-JENIS BAJA

1. Baja organik
-Berasal dari tumbuhan atau hidupan.
-Di antara bahan yang biasa digunakan ialah tahi lembu, tahi ayam, tahi kelawar, darah dan tulang ikan yang telah diproses sehingga boleh digunakan dengan selamat.
-Baja organik boleh memperbaiki keadaan fizikal tanah.
-Kebanyakan baja organik mempunyai analisa lengkap (mengandungi N.P.K) tetapi peratus kandungan N.P.K selalunya sangat rendah
 
2. Baja kimia
- Diperbuat daripada hasil-hasil logam atau ‘by product’ dari perusahaan petroleum : Ia terdiri dari baja bukan organan, baja  dagangan atau baja buatan dan dibahagikan kepada :
            a.  Baja terus yang mengandungi hanya 1 atau 2 dari unsur pemakanan utama N.PK. Ia adalah baja yang tidak lengkap
                        Contoh :         Urea                :           45 %    N
                                                TSP                 :           46%  P2O5
                                                MOP               :           60 %    K2O
            b. Baja lengkap (atau baja sebatian) ialah baja yang mengandungi ke semua unsur-unsur utama N.P.K
                        Contoh :         NPK hijau        :           15  :  15  :  15
                                                NPK biru         :           12  :  12  :  17  :  2
                                                CCM 33          :           15  :    7  :  18  :  2
3. Baja campuran
adalah baja tunggal yang dicampurkan mengikut sesuatu kadar atau nisbah untuk mengadakan zat-zat pemakanan yang diperlukan oleh sesuatu tanaman

CARA-CARA DAN MASA MEMBAJA
-Adalah mustahak untuk membahagikan penggunaan baja kepada 2 ke 3 kali penggunaan baja bergantung kepada jangka hidup tanaman.
-Untuk tanaman jangka pendek seperti sawi, satu taburan baja asas iaitu sebelum mengubah dan baja permukaan dua minggu sebelum memungut hasil untuk menentukan kemampuan penggunaan unsur-unsur pemakanan yang digunakan.
- Untuk sayuran yang jangka hidupnya panjang seperti cili, baja boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
i. Satu bahagian untuk baja asas (digaul pada batas sebelum menanam).
ii. Dua bahagian sebagai baja permukaan, iaitu ditabur dikeliling pokok sepanjang barisan pokok.
 
Jenis sayuran
Kadar pembajaan untuk sehektar (kg)
         N      :    P2O5      :    K2O
Kuantiti Baja Campuran (gm)
1. Sayur Daun
140
70
70
890
2. Sayur Buah
     a. buah
     b. kekacang
70
45
140
100
200
100
1220
749
3. Sayur akar   
    (ubi)
60
110
110
853
4. Sayur bunga
70
140
200
1220

CARA – CARA PEMBAJAAN:

1. Baja asas
            - Baja yang dibubuh sebelum menyemai/menanam.
            - Untuk membantu pertumbuhan anak benih.
            - Kebiasaanya baja tersebut ditabur rata-rata pada permukaan batas.
            - Kemudian digaulkan dengan tanah untuk mempastikan pembahagian baja yang sama   rata kadarnya bergantung kepada jenis sayuran  dan  keluasan batas.
 
2. Baja permukaan
            - Baja yang dibubuh selepas menyemai/menanam iaitu setelah sayuran  telah tumbuh.
            - Kadar dan cara pembajaan bergantung kepada jenis sayuran.
            - Perlu berhati-hati bagi mengelakkan bahan kimia dari menyentuh tanaman.
- Baja kimia juga boleh dilarutkan menjadi cairan untuk disiram pada batas tetapi pastikan mengikut sukatan yang betul.
 
CARA MEMBAJA BENIH
1. Benih halus (cara parit)
2.Benih kasar (cara tompok)
(15 – 20cm drpd pangkal pokok)


Share/Save/Bookmark 3.

0 comments: