PENJAGAAN ANAK BENIH
Anak benih perlu dijaga dengan penuh perhatian,kerana anak benih mudah rosak dan mendapat penyakit.
a. Sungkupan
- Bila benih telah siap ditanam, batas yang terdedah hendaklah ditutup dengan rumput kering. Rumput kering juga boleh digantikan dengan pelepah kelapa, daun pisan dan sebagainya. Ketebalan sungkupan biasanya lebih kurang 1- 2 cm.- Antara kebaikan sungkupan ialah :
1. Melindungi tanah dari panas yang terik. Ini akan menyebabkan tanah sentiasa lembab dan sejuk. Ini penting bagi tanah liat, kerana ia akan jadi keras dan retak bila kering.
2. Mengawal pertumbuhan rumpai. Benih rumpai yang bercambah, terpaksa menembusi sungkupan. Tanpa cahaya matahari yang cukup, rumpai akan lemah dan mudah dicabut.
3. Mengelakkan hakisan dan melindungi batas dari hujan yang kuat
4. Mengurangkan kehilangan air pada permukaan tanah melalui proses evaporasi.
b. Penjarangan
- Anak benih yang lemah, tidak sihat dan rosak mestilah dibuang supaya anak benih yang sihat sahaja yang tinggal dengan jarak penanaman yang betul.Kepentingan penjarangan:
1. Ia mengurangkan pertandingan cahaya, air, bahan makanan dan ruang. Jika tanaman dibiarkan tumbuh rapat akan berlaku pertandingan dan ini akan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah.
2. Anak benih yang lemah, kurang sihat dan rosak dibuang, jika dibiarkan tumbuh, pengeluaran hasil juga akan berkurangan
c. Merumput
- Merumput adalah penting kerana faktor-faktor berikut :i. Mencegah rumpai dari bertanding dengan sayuran dari segi cahaya, air, makanan dan ruang. Jika rumpai dibiarkan tumbuh hasil tanaman akan berkurangan
ii. Menghapuskan tempat pembiakan perosak dan penyakit
d. Menyiram
- Penyiraman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu di sebelah pagi dan petang kecuali di waktu hujan.e. Pembajaan
- Perkara yang perlu difikirkan sebelum membaja untuk mengurangkan kos dan perbelanjaan:a. Kesuburan tanah atau unsur-unsur yang sedia ada di dalam tanah dan juga baja yang telah digunakan sebelumnya.
b. Keperluan sayur-sayuran tertentu.
c. Kandungan kimia baja dan tindakan baja tersebut di dalam tanah.
– Tumbuh-tumbuhan memerlukan unsur-unsur pemakanan untuk pertumbuhan sempurna.
– Unsur-unsur ini boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut kadar yang diperlukan oleh tumbuhan.

0 comments:
Post a Comment