KOMPONEN TANAH:
Bahan Mineral - 45%
Gas - 25%
Air - 25%
1. Bahan Mineral - 45%
-Pepejal tanah terdiri drpd bahan inorganik dan bahan organik.
-Bahan inorganik terdiri drpd kumin mineral yg dihasilkan melalui proses luluhawa batuan.
-Kumin mineral spt pasir, kelodak dan liat merupakan sebatian semula jadi yg mengandungi dua atau lebih unsur yang digabungkan secara kimia.
-Kumin-kumin pasir biasanya terbentuk drpd mineral kuarza iaitu mineral yg mengandungi silika dioksida.
Unsur | Peratus (%) |
Oksigen Silikon Aluminium Ferum Natrium Kalsium Kalium Magnesium | 46.71 27.69 8.07 5.05 2.75 3.65 2.58 2.08 |
-Unsur silikon yg membentuk mineral silikon dioksida apabila terdedah kepada oksigen merupakan komponen kumin tanah yang penting.
-Mineral kuarza terurai dlm bentuk batuan melalui proses luluhawa.
-Kumin kelodak juga mempunyai kandungan silika dioksida yg tinggi kerana silika dioksida biasanya tidak aktif secara kimia dalam tanah.
-Kumin pasir dan kelodak tidak terlibat dlm tindakbalas kimia yg berlaku dlm tanah.
-Kumin liat blh terdiri drpd oksida silika, oksida ferum dan aluminium.
2. Bahan organik - 5%
-Bahan organik terdiri drpd sisa tumbuhan dan haiwan yg sedang dlm proses penguraian oleh mikroorganisma tanah.
-Komponen bahan organik penting utk tanah. Najis haiwan apabila bercampur dengan tanah akan mengalami proses pereputan menjadi bahan organik tanah.
-Apabila haiwan mati, tinggalannya turut menambahkan kandungan bahan organik tanah
Peranan Bahan Organik
-Membekalkan zat makanan kepada tumbuhan
-Memperbaiki struktur tanah
-Menambahkan daya penyimpanan air tanah
-Menghalang kehilangan nutrien dalam tanah.
-Bertindak sebagai lapisan pelindung fizikal tanah.
-Humus ialah hasil pada peringkat terakhir pereputan bahan organik. Bahan ini stabil dan berwarna gelap. Tidak larut ke dalam air dan berupaya menyimpan air dan kation.
Peranan humus dalam tanah:
1. Menolong percampuran butir-butir pasir, kelodak dan tanah liat menjadi struktur butiran rapuh yg stabil.
-Tindakan ini adalah disebabkan oleh ciri humus yg bertindak sbg agen pelekat di dalam tanah. Dengan ini humus menambah pengudaraan dan penyaliran tanah.
2. Membekalkan zat makanan (nutrien) kpd tumbuhan melalui sifat koloid humus. - Butir humus yg bersifat koloid itu amat kecil saiznya dan mempunyai luas permukaan yg besar. Butir humus mempunyai banyak cas negatif pada permukaannya yg berupaya menarik atau menyerap nutrien bercas positif spt kalium, kalsium dan magnesium kepermukaannya.
3. Udara - 25%
-Semua ruang dlm tanah yg tidak terisi oleh air akan dipenuhi dgn gas tanah.
-Gas tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida serta mempunyai kelembapan bandingan yg tinggi (100%) berbanding udara atmosfera.
-Keadaan ini wujud kerana lebih banyak karbon dioksida dihasilkan dalam tanah.
-Gas oksigen dlm tanah penting kerana bekalan yang mencukupi akan menentukan aktiviti akar dan organisma tanah berjalan dgn baik.
4. Air - 25%
-Komponen cecair terdiri drpd air hujan, wap dan cecair yg mengalir. Komponen ini biasanya memenuhi rongga tnh yg lebih halus sementara rongga yg lbh besar terisi gas.
-Kandungan air yg berbeza dlm tanah blh ditakrifkan spt berikut:
Muatan medan (had basah) tanah - kuantiti air yg terdapat dlm tanah slps air yg berlebihan mengalir keluar akibat tarikan graviti.
Had layu (titik layu) – kuantiti air dlm tanah di mana air yg terdapat dlm tnh tidak blh diambil lagi oleh tumbuhan. Pada takat had layu, tumbuhan mula layu

0 comments:
Post a Comment